1. Definisi
Merupakan himpunan data-data berkaitan
yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak
dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pangkalan_data
1.2 Definisi
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)
Merupakan sistem perisian yang
membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemas kini, mengurus, mencipta dan
menyelenggarakan pangkalan data.
SPPD turut mengawal capaian terhadap data
dalam pangkalan data.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pangkalan_data
2.1 Contoh
Pangkalan Data
Antara contoh Pangkalan Data yang berada di pasaran
sekarang ialah MS Access, MySQL, Oracle, Firebird dan dBase.
Sumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi SPM (Pengarang: Othman Sulong)
Sumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi SPM (Pengarang: Othman Sulong)
2.2 Kelebihan Pangkalan Data
Kelebihan Pangkalan Data ialah mengurangkan pengulangan data, keutuhan data diyakini, boleh
berkongsi data, memanipulasi data lebih mudah dilakukan, maklumat boleh dicapai
dengan mudah dan maklumat boleh dipersembahkan dalam pelbagai cara.
Sumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi SPM (Pengarang: Othman Sulong)
2.3. Contoh Kegunaan Pangkalan DataSumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi SPM (Pengarang: Othman Sulong)
2.3.1 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang
Sistem ini digunakan untuk membeli tiket kapal terbang,
menempah makanan atas kapal terbang, menempah tempat duduk, menambah bayaran
bagasi dan lain-lain berkaitan penerbangan.
Sebagai contoh berdasarkan gambar di atas, Saya membuat
tempahan tiket kapal terbang Air Asia dua hala dari Kuala Terengganu ke Kuala
Lumpur pada 19/12/2013 dan pulang pada 31/12/2013. Saya hanya perlu memasukkan
data tempahan penerbang kemudian sistem akan mempamerkan jadual penerbangan
hari yang dipilih serta harga tiket. Setelah membuat tempahan kita perlu
membuat pembayaran melalui atas talian.
Sumber : www.airasia.com/my
2.3.3 Sistem Pinjaman Buku Perpustakaan
2.3.2 Sistem
Tempahan Tiket Bas (Transnasional)
Sistem ini dibina oleh Syarikat Transnasional untuk
menjual tiket bas secara atas talian. Melalui sistem ini dapat memudahkan orang
ramai yang tinggal jauh dari kaunter
untuk membeli tiket tanpa perlu ke kaunter jualan.
Melalui gambar di atas, saya telah membuat tempahan tiket
bas Transnasional perjalanan dua hala dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur
pada 19/12/2013 dan pulang pada 31/12/2013. Setelah mengisi data pada sistem
dan memilih tempahan, bayaran akan dilakukan secara atas talian mengikut terma
yang dipersetujui bersama.
Sumber :
https://www.ticket4u.com.my/transnasional/
2.3.3 Sistem Pinjaman Buku Perpustakaan
Sistem ini dibina untuk merekodkan senarai buku, jilid, dan
bahan yang terdapat dalam sesebuah perpustakaan dengan lebih tepat dan efisien.
Sistem ini turut membolehkan pengesanan buku hilang, pembayaran denda,
keahlian, penjanaan rekod transaksi dilakukan dengan lebih cepat.
Sumber : http://www.omar.my/2012/07/senarai-tajuk-cadangan
- projek-akhir-sistem-maklumat/
2.3.4 SAPS (
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)
Kegunaan utama sistem ini ialah memantau prestasi
peperiksaan yang dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Guru
menggunakan sistem ini untuk mengisi markah peperiksaan. Pemantau pencapaian
akademik pelajar boleh dilihat atau dipantau oleh ibu bapa, Pentadbir Sekolah, PPD
,JPN dan KPM mengikut tahap akses masing-masing.
Sumber : http://sapsnkra.moe.gov.my/
2.3.5
Sistem Tempahan Bilik Hotel
Antara kegunaan sistem ini ialah menempah bilik hotel
secara atas talian. Tatacara penempahan bilik hotel ini sama sahaja dengan Sistem
Pembelian Tiket Kapal Terbang atau Sistem Pembelian Tiket Bas.
Seperti gambar di atas, saya telah menempah sebuah bilik
di Prescott Inn Kuala Lumpur pada 19/12/2013 dan kelaur pada 21/12/2013.
Setelah mengisi maklumat tempahan, sistem akan mempamerkan jenis bilik yang ada
kekosongan pada hari yang dipilih berserta harganya sekali. Jika kita bersetuju
dengan tawaran yang dipamerkan oleh sistem, kita bolehlah membuat bayaran
pendahuluan kepada pihak ejen atau hotel.
Sumber : http://www.booking.com/hotel/my/prescott-inn- medan-tuanku-kuala-lumpur.en.html
3. Fungsi Objek Pangkalan Data Dalam MS Access
3.1 Jadual (Table)
Koleksi data yang tersusun, dikenal pasti dan disimpan
sebagai baris dan lajur.Kegunaan untuk menyimpan data dalam pangkalan data.
Sumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SPM (Pengarang : Othman Sulong)
3.2 Borang (Form)
Merupakan antara muka pengguna untuk menggunakan maklumat
dari pangkalan data. Kegunaan membolehkan pengguna memasukkan dan mengubahsuai
data yang dibina alam format tertentu dan tersusun dan terhasil dari Jadual
atau Pertanyaan.
Sumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SPM (Pengarang : Othman Sulong)
3.3 Pertanyaan (Query)
Pertanyaan ialah satu gambaran rekod kita kehendaki dari
pangkalan data, berdasarkan kriteria tertentu.Kegunaannya ialah mencari
maklumat tertentu dalam lebih daripada satu jadual, memilih medan-medan
tertentu yang dikehendaki serta menapis maklumat tertentu yang dikehendaki
mengikut syarat-syarat yang dikehendaki.
Sumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SPM (Pengarang : Othman Sulong)
3.4 Laporan
(Report)
Laporan adalah maklumat yang dikeluarkan atau dipaparkan
daripada pangkalan data. Ia terhasil daripada Jadual atau Pertanyaan untuk
tujuan dilihat atau dicetak.
Sumber : Buku Nok A+ Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SPM (Pengarang : Othman Sulong)
4. Tutorial Membina Jadual(Table), Borang(Form), Pertanyaan(Query) dan Laporan(Report)
4.1 Jadual(Table)
Rajah di atas menunjukkan langkah pertama untuk membina Jadual bagi MS Access 2010. Dari fitur Create kita klik pada ikon Table. Maka Jadual(Table) baru akan dipamerkan. Ikuti arahan seterusnya yang diberi untuk membina sebuah Jadual(Table)
Di bawah merupakan contoh Jadual(Table) yang siap dibina
Sumber : Modul Kerja Kursus Sistem Maklumat ICT SPM (Pengarang
: Othman Sulung)
Rajah di atas menunjukkan langkah pertama
untuk membina Borang bagi MS Access 2010. Sebelum membina Borang, kita
hendaklah terlebih dahulu membina Jadual. Tanpa Jadual kita tidak dapat membina
Borang. Pilih Jadual(Table) yang hendak dibina Borang(Form). Dari fitur Create kita klik pada ikon Form. Maka Borang(From) akan dibina
secara automatik berdasarkan Jadual yang dipilih.
Sumber : Modul Kerja Kursus Sistem
Maklumat ICT SPM (Pengarang : Othman Sulung)
Rajah di atas menunjukkan langkah pertama
untuk membina Pertanyaan bagi MS Access 2010. Sebelum membina Pertanyaan(Query),
kita hendaklah terlebih dahulu membina Jadual. Tanpa Jadual kita tidak dapat
membina Pertanyaan(Query).Dari fitur Create
kita klik pada ikon Query Design.
Maka Jadual(Table) akan dipamerkan untuk dipilih medan-medan yang akan dibuat
Pertanyaan(Query). Setelah selesai memilih medan-medan dari Jadual yang
dikehendaki, simpan nama Pertanyaan tersebut.
Sumber :Modul Kerja Kursus Sistem
Maklumat ICT SPM (Pengarang : Othman Sulung)
Rajah di atas menunjukkan langkah pertama
untuk membina Laporan bagi MS Access 2010. Sebelum membina Laporan, kita
hendaklah terlebih dahulu membina Jadual atau Pertanyaan. Tanpa Jadual atau
Pertanyaan kita tidak dapat membina Laporan. Pilih Jadual(Table) atau
Pertanyaan(Query) yang hendak dibina Laporan(Report). Dari fitur Create kita
klik pada ikon Report. Maka Laporan(Report)
akan dibina secara automatik berdasarkan Jadual atau Pertanyaan yang dipilih.
Sumber : Modul Kerja Kursus Sistem
Maklumat ICT SPM (Pengarang : Othman Sulung)
5.0 Kesimpulan
Microsoft Access merupakan program
pengolah pangkalan data yang biasanya digunakan untuk mengolah berbagai jenis
data dengan mengoperasi yang mudah. Microsoft Access biasanya digunakan dalam
urusan perniagaan sederhana dan kecil, untuk mengembangkan perniagaan mereka daripada
segi pengurusan dan perniagaan.
Antara kebaikan Microsoft Access ialah ia serangsi
dengan bahasa pengaturcaraan SQL, pengembangan aplikasi adalah cepat dan bahasa
pengaturcaraan yang digunakan adalah Visual Basic for Aplication ( VBA )
Manakala kelemahannya yang paling ketara
ialah tidak begitu bagus jika diakses melalui rangkaian.
Sumber: http://umatcentre.blogspot.com/2011/12/pembahasan-tentang-msaccesssqloracle_31.html
Sumber: http://umatcentre.blogspot.com/2011/12/pembahasan-tentang-msaccesssqloracle_31.html
No comments:
Post a Comment