Wednesday 27 November 2013

Tugasan MS Access

1. Definisi
     1.1  Definisi Pangkalan Data
Merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pangkalan_data

     1.2   Definisi Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)
Merupakan sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemas kini, mengurus, mencipta dan menyelenggarakan pangkalan data.

Tuesday 26 March 2013

Keberkatan Air Zam - Zam



KEBERKATAN AIR ZAM-ZAM

A
llah Taala telah menjadikan khasiat dan keberkatan yang tidak ternilai ke atas air zam-zam ini. Rasulullah sendiri pernah menyebutkan dalam hadith baginda yang bermaksud "Sesungguhnya ia amat diberkati; minuman yang lazat dan ubat kepada penyakit".

 Molekul Air Zam-Zam

Sekiranya anda meminumnya dengan niat untuk menghilangkan dahaga maka Allah Taala akan menghilangkan dahaga itu, sekiranya anda meminumnya dengan tujuan untuk berubat maka Allah akan menyembuhkan penyakit itu dan sekiranya anda meminumnya dengan harapan atau hajat tertentu maka nescaya Allah akan memakbulkan hajat tersebut. 

Kaabah sebagai Pusat Bumi



M
AKKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".
Bagi yang memahami hukum fizik dan mereka-mereka yang mengkaji mengenai kehebatan Makkah pasti menemui sesuatu yang baru. Dikota Makkah keadaan gravitinya adalah sangat stabil dan agak tinggi.Ajaib bukan? Mengikut pengiraan sains yang dipelopori pihak barat,Kutub Utara dan Kutub Selatan melebihi daya gravitinya berbanding equator (garisan Khatulistiwa). Perlu diingatkan, Equator atau Garisan Khatulistiwa adalah garisan tengah yang membahagikan antara dua kutub bumi.Tetapi kutub magnetik (diutara dan selatan) bumi adalah berbeza sama-sekali.Ia tidak berada tepat diatas kutub Utara dan Selatan.Malahan ia condong beberapa darjah dan berjauhan sebanyak 810km dari Kutub Utara dan 2826km dari Kutub Selatan.(Pengiraan diambil pada tahun 2005 melalui satelit pengesan medan magnetik).