Tuesday, 26 March 2013

Keberkatan Air Zam - Zam



KEBERKATAN AIR ZAM-ZAM

A
llah Taala telah menjadikan khasiat dan keberkatan yang tidak ternilai ke atas air zam-zam ini. Rasulullah sendiri pernah menyebutkan dalam hadith baginda yang bermaksud "Sesungguhnya ia amat diberkati; minuman yang lazat dan ubat kepada penyakit".

 Molekul Air Zam-Zam

Sekiranya anda meminumnya dengan niat untuk menghilangkan dahaga maka Allah Taala akan menghilangkan dahaga itu, sekiranya anda meminumnya dengan tujuan untuk berubat maka Allah akan menyembuhkan penyakit itu dan sekiranya anda meminumnya dengan harapan atau hajat tertentu maka nescaya Allah akan memakbulkan hajat tersebut. 

Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. "Air zam-zam ialah air yang untuk apa ia diminum". Itulah air yang turut dimuliakan oleh Baginda S.A.W. Lalu bertambahlah keberkatan yang telah sekian ada.



KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM.
 1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. Sabda Nabi saw:
Maksudnya : Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan ( yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan
penyembuh daripada penyakit.

 2. Air Zamzam menyempurnakan hajat
Sabda Nabi saw :
Maksudnya: Air Zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya.


            Mata air zam-zam               

3. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam kerana ianya mempunyai banyak kebaikan dan keberkatan.(Fadail Maul Zamzam m/s 132)

4. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan peminum berdasarkan hadis di atas.

5. Keharusan berwuduk dan mandi dengan air Zamzam kerana Rasulullah saw berwuduk dan minum dengannya (riwayat Ahmad)
6. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit seperti demam panas, selsema, sakit mata, kencing manis, darah tinggi dan semua jenis penyakit bagi yang meminumnya.:

ADAB MEMINUMNYA
Adab ketika minum air Zamzam di antaranya:

 
1. Mengadap kiblat
2. Boleh berdiri atau duduk kerana ada hadis menyuruh untuk kedua cara tersebut.
3. Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah swt memperkenankan niat bagi peminumnya.
4. Minum dengan tiga nafas iaitu dengan tiga teguk.
5. Membaca “Bismillah setiap kali meminumnya.
6. Memuji Allah dengan menyebut“Alhamdulillah” pada setiap nafas.
7. Minum dengan tangan kanan.
8. Berdoa setelah selesai minum. Bacalah dengan doa :
اللّهُمَّ إِنَّ نَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَسِِعاً وَشِفاَءً مِنْ كُلِّ داَءٍ.
Maksudnya: Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit. (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

                                                     Telaga zam-zam (dahulu)

                                                Penutup Telaga zam-zam

No comments:

Post a Comment